LENCANA SEKOLAH




VISI SEKOLAH


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH


Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


MOTTO SEKOLAH


BERILMU BERAMAL
USAHA DAN JAYA


OBJEKTIF SEKOLAH


1.   Meningkatkan kuantiti dan kualiti akademik pelajar.
2.   Menanam sikap positif dan peka terhadap kejayaan cemerlang.
3.   Mewujudkan rasa cintakan sekolah di kalangan pelajar, berakhlak dan berhemah tinggi serta mempunyai sifat dan kelakuan terpuji menuju kepada insan yang soleh.



DASAR KUALITI SK DUMPAR


1.   Melaksanakan 100% pembelajaran dan pengajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
2.   Memastikan pencapaian gred purata mata pelajaran atau gred purata sekolah dalam peperiksaan awam / pertengahan tahun dan akhir tahun meningkat serta gred purata sekolah minimum seperti berikut :
                                                            UPSR : 2.60
3.   Memastikan 100% murid SK Dumpar, Muar mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
4.   100% aduan dan maklum balas pelanggan berkaitan kurikulum yang lengkap akan dilayan.
5.   Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Audit Berteguran.


PIAGAM PELANGGAN


Kami warga SK Dumpar, Muar, dengan penuh tekad dan iltizam,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah bagi memenuhi kehendak individu,masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan.
2. Memastikan staf yang mencukupi, berdedikasi, berdisplin, bertanggungjawab dan produktif.
3.   Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan setiap masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa/ penjaga, masyarakat dan negara.
6. Memberi layanan mesra,perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera ada setiap pelanggan yang berurusan  dengan kami.
7. Menentukan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dengan informasi terkini selaras dengan zaman teknologi maklumat.
8. Memastikan semua pelajar mendapat keselesaan belajar ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.
9.   Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak,demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pelajar.

MUAR PENDIDIKAN MAMPAN




LAGU SEKOLAH


Kami pelajar
Sekolah Dumpar tercinta
Belajar usaha maju dan berjaya
Amalkan Rukun Negara

Sekolah yang penuh sejarah
Sejak dahulu kala
Berjasa berbakti kepada pertiwi
Sekolah yang kekal abadi

Disiplin penuh kata hormat
Kepada guru, ibu dan bapa
Menuntut ilmu dunia akhirat
Itulah amalan kami.






0 comments:

Post a Comment