SEJARAH SK DUMPAR

    "Menurut hasil temubual Alif Anwar bin Md Khambari dengan  Tn Hj Sahidin bin Adan, bekas guru yang pernah mengajar di SK Dumpar mulai 1996 hingga bersara.

     Pada masa dahulu terdapat dua buah sekolah yang bernama Dumpar di Muar iaitu Sekolah Dumpar Rendah dan Sekolah Dumpar Tinggi. Sekolah Kebangsan Dumpar yan wujud sekarang ini pada masa dahulu dikenali dengan nama Sekolah Dumpar Tinggi Muar.

     Perkataan "Dumpar" berasal daripada perkataaan "dampar",ini adalah kerana keadaan pantai di Jalan Junid kelihatan terdampar luas. Lantas sekolah yang terletak dikawasan pantai yang terdampar luas itu dinamakan Sekolah Dumpar. Pada masa dahulu simpang empat di Jalan Khalidi - Jalan Abdul Rahman yang sekarang ini diadakan bulatan (round-a-bout) juga dikenali sebagai simpang empat Dumpar.

        Bangunan asal sekolah ini yang masih dapat dilihat ialah bangunan dua tingkat dibahagian hadapan. Pada waktu itu terdapat padang yang luas berhadapan bangunan tersebut tetapi sekarang kawasan itu telah dijadikan dataran simen. Pelbagai aktiviti sukan sperti sepak takraw dan badminton dapat dijalankan hingga ke pertandingan peringkat daerah.
                                                                          
Sekolah Kebangsaan Dumpar mula dibina pada tahun 1930. Ia digunakan pada awal tahun 1931 dengan nama Sekolah Melayu Dumpar Tinggi. Guru Besar pertamanya ialah En. Ibrahim bin Muhamad. Aliran kelasnya bermula dari darjah tiga dan empat. Murid darjah satu dan dua di tempatkan di Sekolah Melayu Dumpar Rendah ( Sekarang ini telah dirobohkan dan berdekatan dengan asrama Sek. Menengah Sultan Abu Bakar).Keistimewaan sekolah ini pelajar yang bersekolah disini yang tamat darjah empat boleh menjadi guru.



Semua rekod sekolah ini telah binasa akibat Perang Dunia Ke Dua. Awal tahun 1946 sekolah ini telah dibuka semula dengan nama yang sama. Guru Besar pertama selepas perang ialah En. Johari bin Kecik. Berdasarkan rekod yang ada jumlah murid ketika ini ialah 140 orang.


Prestasi sekolah ini semakin meningkat. Kemunculannya antara tahun 1950 hingga 1956 di mana muridnya telah meningkat hingga 400 orang. Di sekolah ini tempatkan guru terbaik lepasan SITC bagi mengajar bakal-bakal pelajar yang mengambil peperiksaan ke SITC dan guru-guru pelatih. Di antara guru-guru yang pernah berkhidmat di sini ialah Tn. Hj. Manaf bin Long, Tn. Hj. Johari bin Hj. Hassan dan ramai yang lain lagi.

Disebabkan persaingan tersebut, Sekolah Kebangsaan Dumpar semakin merosot jumlah muridnya. Puncak kemerosotannya ialah dalam tahun 1980 di mana muridnya hanya tinggal 53 orang. Mulai tahun 1981 mulalah nampak bersinar semula keadaan sekolah ini, walaupun hanya 5 orang tenaga pengajar di kala itu. Alhamdulillah dengan kegigihan Guru Besar ketika itu, Tn. Hj. Yusof bin Yaakob telah berusaha meramaikan murid dengan beberapa usaha menarik. 

Dari semenjak itu mulalah bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun hingga ke hari ini. Walaupun dengan mengekalkan bangunan lama yang telah banyak diubahsuai terdapat juga bangunan baru iaitu dua blok bilik darjah, sebuah kantin dan yang istimewa sekali sebuah padang serbaguna untuk aktiviti sukan. Selain dua orang Pembantu Tadbir, seorang pembantu Am Pejabat, empat orang Pekerja Rendah Awam, dan seorang Jaga. Bilangan muridnya ialah seramai 275 orang serta 25 orang guru dan diharapkan akan bertambah pada tahun-tahun seterusnya. Dengan ini mudah-mudahan sekolah ini akan memajukan ummah ke arah Wawasan 2020.

Pada tahun 2010 ini juga, Sekolah Kebangsaan Dumpar telah mendapat sebuah bangunan baru 3 Tingkat bagi mengantikan bangunan lama yang telah dirobohkan kerana di makan anai-anai. Bangunan ini mempunyai satu dewan serbaguna, sebuah bilik guru, pusat Akses, Pusat Sumber, surau, barisan bilik darjah dan bilik-bilik lain.

SENARAI GURU BESAR SK DUMPAR, MUAR

1. EN IBRAHIM BIN MUHAMAD                     1930 - 1945
2. EN JOHARI BIN KECHIK                           1946 - 1948
3. EN ABD WAHAB BIN MD SALLEH              1948 - 1949
4. TN HJ SHAMSURI BIN YUSOF                   1949 - 1963  
5. TN HJ MAHMUD BIN HASSAN                   1964 - 1976
6. TN HJ ALIAS BIN AZIZ                             1976 - 1980
7. TN HJ YUSOF BIN YAAKOB                       1981 - 1990
8. TN HJ KASSIM BIN MANAF                       1991 - 1995
9. TN HJ SULAIMAN BIN ISHAK                    1995 - 1999
10.TN HJ MUSA BIN NONG                          1999 - 2003
11.TN HJ HAMIM BIN LAHURI                      2003 - 2012
12.EN SADON BIN MARWI                            2012 - KINI    

 
 Koleksi Gambar Sejarah SK Dumpar 

2 comments:

  1. Salam..ada tak gambar masa 1977?saya darjah satu masa tu..huhu

    ReplyDelete
  2. maaf, hanya ini sahaja gambar & info yang kami ada..mohon kongsikan jika ada gambar @ info berguna tentang sekolah ini ke alamat email sekolah iaitu sekdumpar@gmail.com

    ReplyDelete