Program Pendidikan Kesihatan & Gotong-Royong Kantin.

Unit HEM SKDM dibawah kelolaan Jawatankuasa Kantin telah mengadakan Program Pendidikan & Gotong-royong Kantin bagi memupuk kesedaran dan semangat cintakan kantin sekolah serta menanam sikap mementingkan kebersihan dan kesihatan dikalangan semua warga sekolah terutamanya murid-murid. Program dan aktiviti gotong-royong membersihkan serta menceriakan kantin sekolah telah mendapat kerjasama sepenuhnya oleh pihak kantin, guru-guru, anggota kakitangan sokongan, ibubapa dan murid-murid.








Tahniah diucapkan kepada semua guru, anggota kakitangan sokongan, ibubapa dan murid-murid yang telah berusaha dan mengembleng tenaga bagi menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada agensi luar yang turut memberi sumbangan wang ringgit. Hasilnya kantin sekolah telah berubah menjadi kantin yang bersih, selesa, ceria dan berinformasi.

(klik 'SINI' untuk lihat transformasi kantin)

Langkah-langkah membasuh tangan dengan betul:

0 comments:

Post a Comment