Tuesday, September 29, 2015

Posted by SK DUMPAR On 9:47 PM
PETUNJUK WARNA TAHAP IPU (API : Air Pollutant Index) API Status 0-50 Baik / Good 51-100 Sederhana / Moderate 101-200 Tidak Sihat / Unhealthy 201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy >300 Berbahaya / Hazardous LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU Berikut MYsumber sertakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan kesihatan yang perlu dipatuhi semasa fenomena jerebu berdasarkan tahap bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Pautan Sumber: mysumber.com
PETUNJUK WARNA TAHAP IPU (API : Air Pollutant Index) API Status 0-50 Baik / Good 51-100 Sederhana / Moderate 101-200 Tidak Sihat / Unhealthy 201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy >300 Berbahaya / Hazardous LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU Berikut MYsumber sertakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan kesihatan yang perlu dipatuhi semasa fenomena jerebu berdasarkan tahap bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Pautan Sumber: mysumber.com
PETUNJUK WARNA TAHAP IPU (API : Air Pollutant Index) API Status 0-50 Baik / Good 51-100 Sederhana / Moderate 101-200 Tidak Sihat / Unhealthy 201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy >300 Berbahaya / Hazardous LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU Berikut MYsumber sertakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan kesihatan yang perlu dipatuhi semasa fenomena jerebu berdasarkan tahap bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Pautan Sumber: mysumber.com
PETUNJUK WARNA TAHAP IPU (API : Air Pollutant Index) 

API Status 0-50 Baik /
 Good 51-100 Sederhana / Moderate
101-200 Tidak Sihat / Unhealthy
 201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>300 Berbahaya / Hazardous

Langkah Mencegah Kesan Akibat Jerebu


Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
  • Kanak-kanak. 
  • Orang tua. 
  • Perokok. 
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 

Golongan berpenyakit seperti :
  • Asma. 
  • Bronkitis. 
  • Radang paru-paru. 
  • Penyakit paru-paru yang kronik. 
  • Penyakit jantung. 
  • Alahan. 

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
  • Sukar bernafas atau sesak nafas. 
  • Mata pedih dan berair. 
  • Hidung berair dan kerap bersin. 
  • Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  • Sakit-sakit dada. 

Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.

Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

Wednesday, September 9, 2015

Posted by SK DUMPAR On 6:10 PM

Hari ketiga- Sains, B.Inggeris dan Ujian Aptitud ,moga anak- anak SK Dumpar memperolehi keputusan cemerlang.

Tuesday, September 8, 2015

Posted by SK DUMPAR On 5:59 PM

Hari kedua- munajat kepada Allah semoga diberikan taufik hidayah untuk menjawab soalan dengan tepat dan menepati kehendak soalan.

Monday, September 7, 2015

Posted by SK DUMPAR On 11:27 PM

Munajat dan restu ibubapa dan guru hari pertama UPSR Selasa 8 September 2015

Posted by SK DUMPAR On 1:07 AM


 SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR  8 - 10 SEPTEMBER 2015


DOA UNTUK CALON UPSR 2015

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan
Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa saudara mara kami,
dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa
semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di
akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah
apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah
yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati para pelajar kami untuk mempelajari ilmu
Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka
lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata
mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka
memahami apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika
mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Peliharalah kesihatan pelajar-pelajar kami. 
Permudahkanlah mereka menjawab
soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan
kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati
mereka untuk menjawab setiap soalan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka.
 Mudah-mudahan dengan keputusan
yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia
sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba
Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada
Mu.
Jadikanlah pelajar-pelajar kami pelajar yang cemerlang ya
Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak para pelajar kami. 
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang
dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat
mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat
mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah para pelajar kami pemimpin
di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia
 dan di akhirat.
Ya Allah,
Jadikanlah pelajar kami pelajar yang soleh ya Allah. Yang
menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah.
Jadikanlah para pelajar kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat.
Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara
perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon
kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi
yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar
doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin

Saturday, September 5, 2015

Posted by SK DUMPAR On 8:43 PM

Peperiksaan UPSR akan berlangsung mulai 8 - 10 September 2015.Selamat menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua 48 orang murid Tahun 6 SK Dumpar semoga dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan tepat serta Insha Allah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A.