Thursday, February 11, 2016

Posted by SK DUMPAR On 8:11 PM

SYARAT-SYARAT NPQEL UNTUK GPK DI SEKOLAH

Kursus NPQEL atau nama penuhnya Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leads) adalah program bagi melatih pemimpin pelapis oleh Institut Aminuddin Baki. Menariknya, Program NPQEL mod baru ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka dan juga e-learning. Jadi ini membolehkan peserta mengikuti kursus, tanpa perlu memohon cuti belajar, atau pun melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Untuk menjadi guru besar, perlu mempunyai kelayakan NPQEL. Ramai guru masih tertanya-tanya apa itu NPQEL。 Hari ini saya kongsikan maklumat lebih lanjut mengenai NPQEL ni...
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak hendaklah memenuhi syarat berikut:

1.1 Pemohon mestilah sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan sekarang pada tarikh permohonan

1.2 Kelayakan Akademik dan Ikhtisas:
       * Bagi calon PPPS (guru sekolah rendah/menengah) hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya
       * Bagi calon PPPLD hendaklah sekurang-kurangnya memiliki SPM/MCE atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya

1.3 Pemohon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan pada tarikh permohonan

1.4 Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A (purata 85 markah ke atas) bagi tempoh 3 tahun terkini.

1.5 Pemohon tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahakamah.

1.6 Pemohon mestilah sihat fizikal dan mental. Pemohon dikehendaki mengemukakan laporan kesihatan jika perlu

1.7 Pemohon bukan merupakan pegawai yang sedang mengikuti kursus atau pengajian di mana-mana institusi di bawah tajaan Kerajaan Malaysia.


0 comments:

Post a Comment