Thursday, August 27, 2015

Posted by SK DUMPAR On 7:13 AM

Program Solat Hajat Perdana UPSR SK Dumpar  2015 bersama SK Sultan Abu Bakar 1 dan SK Sultan Abu Bakar 2 diadakan pada 27 Ogos 2015 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar

Posted by SK DUMPAR On 12:04 AM


Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya ingin kongsikan Panduan Menghadapi Peperiksaan - sebelum, semasadan selepas. Mudah-mudahan dengan panduan ini calon-calon akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Amin. 
* Entri ini pernah diterbitkan pada tahun 2012. Saya republish untuk panduan calon bagi peperiksaan UPSR 2015 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sehari sebelum peperiksaan
1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas. 
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.
Semasa hari peperiksaan


1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.
2. Jangan lupa untuk bersarapan.
3. Pastikan anda membawa :
a) Peralatan untuk menjawab / menulis 
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c)  Slip peperiksaan 
4. Salam dan cium tangam ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.
5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda. 
Di dewan/kelas peperiksaan
1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda. 
2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan. 
4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.  

5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.

Selepas peperiksaan
1. Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan elakkan untuk berbincang tentang soalan atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.
Pesan cikgu Laili untuk calon yang menduduki peperiksaan : 
"Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting untuk menduduki peperiksaan. Semoga beroleh kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan Hadiahkanlah kejayaan ini untuk ibu bapa yang telah berkorban demi anda sejak kecil hingga dewasa.."


Wednesday, August 26, 2015

Posted by SK DUMPAR On 9:27 PM
Posted by SK DUMPAR On 1:13 AM


TIP UNTUK PANDUAN ANAK -ANAK YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

Salam Sehati Sejiwa, Seiring Sejalan, Sepakat Muafakat tn/pn 
Sya kongsikan informasi jika sesuai ttg
Persediaan Beberapa Minggu Sebelum UPSR utk disampaikn kpd anak2 murid Tahun 6 sma ada semasa perhimpunan rasmi ataupun dlm kelas mereka spt berikut:-

1. PERSEDIAAN MENTAL

1.1 Elakkn melakukn perkara negatif
1.2 Beri keutamaan pelajaran (5+5=5A)
1.3 Berfikir positif bhw peperiksaan adalah satu proses yg mesti dilalui oleh setiap org

2. PERSEDIAAN KESIHATAN

2.1 Tidur mesti cukup
2.2 Jaga makanan yg seimbang
2.3 Elak makan makanan berlebihan yg memudaratkn kesihatan cth; mkn berlebihan makanan ringan, asam, pedas dsb

3. PERSEDIAAN ROHANI

3.1 Tidak tinggalkan solat/sembahyang
3.2 Doa yg berterusan di smping berusaha
3.3 Membaca Al-Quran
3.4 Bykkan berzikir dan Solawat
3.5 Solat Hajat

4. PERSEDIAAN EMOSI

4.1 Tenangkan jiwa
4.2 Elakkan brkonflik/bermasalah dgn rakan dn keluarga
4.3 Sentiasa senyum walaupun agak tertekan
4.4 Bersangka baik pd org lain
4.5 Maafkan kesilapan org lain
4.6 Luahkan masalah pd kedua org tua, rakan karib dn org yg dipercayai

5. PERSEDIAAN PERALATAN

5.1 Peralatan peperiksaan mesti cukup
5.2 Jadual peperiksaan sentiasa disemak
5.3 Pakaian sekolah lengkap

Moga tips ini boleh membntu konsentrasi calon2 UPSR kita tahun ini.

Sekian
Ibu bapa/penjaga pun boleh juga praktikkan  mana2 yg boleh di praktikal di rumah. Selebihnya di sekolah

Monday, August 24, 2015

Posted by SK DUMPAR On 9:43 PM
Posted by SK DUMPAR On 9:42 PM

Saturday, August 22, 2015

Posted by SK DUMPAR On 6:54 PM

Kunjungan Tn Hj Afendi b Salleh Timbalan PPD Muar bertemu Calun UPSR 2015 motivasi murid dan penyerahan pensil sempena UPSR tak lama lagi.

Saturday, August 15, 2015

Posted by SK DUMPAR On 8:03 PM

Kem RIMUP peringkat negeri Johor diadakan pada 12 -- 14 Ogos 2015 di Pusat Latihan Kokurikulum Segamat, SK Dumpar mewakili Muar seramai 4 orang murid diiringi oleh cikgu Nurlailey telah menyertai program tersebut.

Posted by SK DUMPAR On 7:53 PM

Beberapa orang murid dan guru terpilih mengikuti Kem Tranfomasi Akademik dan Kerjaya negeri Johor {ACET} di UTM Johor Bahru pada 13 - 15 Ogos 2015

Posted by SK DUMPAR On 7:44 PM

Diadakan di UITM Puncak Alam Selangor pada 11 - 14;Ogos 2015 SK Dumpar mewakili Daerah Muar dengan seorang murid bersama seorang guru Pn Norafizah bt Hadi.

Sunday, August 9, 2015

Posted by SK DUMPAR On 5:16 PM

Saturday, August 8, 2015

Posted by SK DUMPAR On 11:56 PM













Program Sambutan Hari Raya SK Dumpar pada 6 Ogos 2015.

Wednesday, August 5, 2015

Posted by SK DUMPAR On 1:21 AM



































DAILOG PRESTASI BERSAMA IBUBAPA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2015 SK DUMPAR PADA 5 OGOS 2015 JAM 12.40 PETANG DI MAKMAL KOMPUTER SK DUMPAR DIHADIRI SEBAHAGIAN IBUBAPA. GURU DAN MURID-MURID TAHUN 6, SEMOGA SASARAN SEKOLAH TERCAPAI UPSR NANTI, INSYA ALLAH.